16 June From Barcelona To Dublin

Spread the love

Flight ke Dublin jam 10.50 pagi dengan Ryanair. So pagi- pagi dah kena checkout. Jam 7am taxi datang jemput takut jammed. Hmmm rupanya tidak. Rasa nya tak sampai 20 minit sampai airport… Laaaa kalau I tahu boleh tidur lama sikit lagi.

Check departures screen. Tertera kaunter ke Dublin. Selamba I pigi baris. Ada tourists dari United States. Couple. Bingung2 kerana kaunter belum buka. Sebenarnya awal sangat kami sampai. Terus I cakap biasa nya kaunter buka 2 jam sebelum flying. Dia masih menggelisah. Di US systemnya anytime katanya… Hmmmm cik abang oiiii… Bukan semua macam US. Standard procedure la tu 2hrs before. Isterinya senyum2 ja. “Bingung” katanya.
Then tetiba I tersedar yang I queue Aer Lingus Airlines punya kaunter. Alamak! I kan naik Ryanair! Laaaa I lagi bingung rupanya . Hihihi. Pelan2 I keluar Q.
Oya. Barcelona airport ini ada 2 terminal. T1 dan T2. So anda perlu check tix anda betul2 ya. Mengikut Airlines yang anda gunakan. Jika hendak pindah di antara  terminal, ada disediakan free shuttle bus. Cari ja ya. Look see look see or tanya information center. Terminal 2 pun ada ABC nya. Kena check betul2 details flight nanti kelamkabut pula.
Selesai check in. Lebih bagasi 5kg tapi pompuan tu charge 2kg ja. Syukur alhamdulilah. Baik2 petugas kaunter yang I jumpa kali ini. Afterward passport kontrol. Rutin biasalah. Buka kasut etc. after passport control, kedai free tax. Mata melilau lilau cari gate penerbangan. Jauh la hallnya. Kena gate 44 kalau tak silap. Masuk kawasan ini kena lalui checking lagi. Lepas tu lalu kedai bebas cukai lagi. Alamak… Cubaan untuk suruh membeli amat luar biasa.
Ha? Flight delayed 1 hour ! Duiiii… Boringlah… Sudahlah sedang PMS. Nak ke tandas pun kena heret bag. (Mana gambar? Eh eh mungkin di device lain. Dalam phone ini takde ). Gambar2 nanti I update.
Flight ok. 2jam kemudian mendarat di Dublin Airport. Yang paling tak ok dan leceh bahagian imigresen check, punyaaasa lama. Strict gila. Selagi dia tak puas hati dia tak lepas. Saya juga kena tanya macam-macam. Mahu ke mana semasa di Dublin? Nah! I tunjuk printout tours yang I Akan buat. My first time here madam, I don’t know much about this place! Memanas sedikit I. Bla bla bla. Macam 15 minit baru lepas.
Afterwards claim bagasi, nak ke situ punya jauh. Trollley untuk letak barangpun tiada. Tak mcm klia (rindu pula ). Pastu naik taxi ke Beresford Hotel. Sepatutnya jam 3 pm I ada walking tour tapi gara2 imigresen tadi tak sempat. Urusan check in lancar. Staff baik dan friendly. Yahoo.,. Ada lift! Ini sangat penting kerana bag I “heavy”. Bilik tingkat satu. Yang lucu dapat bilik triplet! 3 singles bed. Hmmmm… Agak nya hotel kehabisan bilik normal hihihi.
Dah jam 3 petang. Patutlah perut dah berkeroncong. Keluar cari makan. Tadi dalam taxi nampak restaurant authentic Thai…Nyaman lama tak makan nasi. I order tom yam, nasi goreng dan sayur. Kenyang tak habis makanan. Ingat nak tapau untuk dinner tapi malas .,, saya nak putar2 sekitar bandar berjalan kaki walaupun tak tahu arah dan tujuan.
Kuturutkan saja langlkah kaki ini. Asslkan tahu pangkal jalan (hotel lerrr). Berjaya menelusuri Liffey River. Sampai ke jambatan O’Connol yang famous tu. Lepas itu semua menjadi mudah. Jalan.. Jalan dan terus jalan. Best lah. Saya suka Dublin berbanding Barcelona.
P.S updates later

Leave a Reply