Spread the love

A real appetizers!

I can’t sleep. So I saja2 layan resepi ni. Jom buat? Jimat dan terjamin bersih!
Apart from travelling, I loves cooking too!
Ni yang tengah hot meletop pemes sekarang tu ye…
4 biji mangga muda
20 hingga 25 biji asam boi
10 hingga 15 tangkai cili padi ~ di hiris halus ( boleh kurangkan jika tak suka terlalu pedas)
2 cawan gula
1 biji limau nipis di hiris ~ ita tambah jika guna limau kasturi lagi sedap!
Kupas dahulu mangga muda. Buang kulitnya, buang biji dan sabut tengahnya. Kemudian hiris nipis. Boleh juga rendam dahulu mangga dengan air kapur. Ianya bertujuan meranggupkan buah mangga kita supaya dia tidak lembik bila telah menjadi jeruk.
Rendam dalam 20 hingga 30 minit kemudian cuci bersih dan toskan.
Masukkan gula pasir atau gula halus kemudian kacau rata.
Masukkan pula cili padi yang kita dah hiris halus tadi dan kacau rata
Akhir sekali masukkan asam boi.
Tambahkan limau nipis. Limau ni tak payah perah masukkan aje.. kalau guna limau kasturi lagi sedap!
Tak payah tambah air ya.. sebab nanti dari buah mengga dan gula itu sendiri yang akan menghasilkan air jeruk.
Kemudian kita masukkan dalam bekas.
Simpan dalam peti ais selama 4 jam sebelum boleh di nikmati.
……..sedapnyaaa….

Leave a Reply