Spread the love

PARU SAMBAL
Bahan-bahan:
1) 1/2 kilo Paru atau Kelempung (yang telah direbus & dipotong ikut saiz sederhana nipis)
2) 3 ulas bawang kecil (dihiris)
3) 2 ulas bawang putih (dihiris)
4) 2 biji bawang besar (1 biji utk kisar & 1 biji dipotong bulat)
5) 2 senduk nasi cili boh / cili kisar 
6) 3 sudu besar air asam jawa
7) 1 inci belacan
8) Garam & gula secukup rasa
9) Sedikit kunyit
Cara Memasak:
1) Gaulkan sedikit garam dan kunyit pada paru yang telah direbus dan dipotong nipis. Panaskan minyak dan goreng paru separa masak. Angkat dan ketepikan.
2) Kisarkan cili boh bersama bawang besar dan belacan hingga halus. 
3) Panaskan kuali & minyak dengan api sederhana. Tumiskan bawang putih & bawang merah hingga naik bau. Tambahkan bahan kisar, garam & gula. Tumis hingga cili garing.
4) Kemudian masukkan air asam jawa. Rasa jika kurang boleh tambahkan garam / gula.
5) Akhir sekali masukkan paru & bawang besar potong bulat. Kacau hingga sebati semuanya.
6) Padamkan api dan hidangkan bersama nasi panas.
Selamat Menjamu Selera ~ Pasti Terangkat.

Leave a Reply