Spread the love

The Day We Waited For Finally Arrive. We Fly To Phuket By Airasia Airlines.

 

Ready to take the world

 

Almost forgotten ~ my hand luggage it is

 

Forever on the phone

 

YaY

 

Fly Me To The Moon

Finally!

5hb November 2012 ~ Isnin (High season in Phuket)

Penerbangan kami 12.45pm. Tidak delayed. Alhamdulillah semua berjalan lancar kecuali beberapa kejadian lucu. Contohnya hand luggage ku tertinggal oleh si Zack Jr di screening counter dan screw-driver si Eezaleeza kena ambil…

Kaki Penjalan

 

Beli makanan. Time for lunch.

 

Kesiannya budak sorang tu..kelaparan sangat ye?

 

Mulai beraksi.

 

Jam 1pm waktu tempatan (GMT 7) kami selamat mendarat di lapangan terbang Phuket. Masa penerbangan selama sejam. Perasaan tu seronok jugalah…

 

Keluar sahaja dari ruangan imigresen ramailah yang menghampiri cuba  menawarkan perkhidmatan pengangkutan dan pakej2 tertentu. Tetapi kita tidak perlu ambil pakej2 ini kerana sebenarnya lebih mahal. Begitu juga dengan pakej dari hotel. Lebih baik cari sendiri apabila sampai di destinasi yang dituju kerana di sana berlambak-lambak agent yang boleh dirunding-tawar harganya.
Kami tinggal di Safari Beach Hotel Patong. So untuk ke sana kita boleh menaiki teksi atau pun mini bus. Saya beli tiket mini bus sahaja yang berada di sebelah kiri pintu keluar airport. Naik mini bus murah cuma Baht150 (RM15) sahaja per head sedangkan teksi RM60 seorang! Lagi pun mini bus nya selasa. Bersih dan ber-aircond. Bus akan bertolak apabila penumpang cukup 10 orang dan mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai (Patong).
Ruangan menunggu Mini Bus

 

Kami duduk menunggu cuma dalam 10 minit sahaja dan terus bertolak ke Patong.

 

Ha…. inilah minibus kami hari itu.

Dalam perjalanan ke Patong, driver mini van akan singgah ke suatu tempat dan kita diminta turun untuk memberitahu hotel penginapan kita so driver boleh drop kita di hotel masing-masing. Di sini pun mereka akan menawarkan pakej juga….. saya hari itu bohong sunat jer cakap saya dah beli online. hehehehehe… malas kena pujuk2 beli.

 

cari kutu kah? hehehehehe

 

Persinggahan pertama. Menurunkan couple orang putih yang sudah tua. Very friendly.

 

Inilah hotel penginapan kami. RM300++ termasuk extra bed. Kira ok-ok sajalah hotelnya tapi seminit ja jalan ke Bangla Road dan berdepan dengan Patong Beach. Kiri kanan kedai: Seafood Restaurant, Russian Halal Food, Indian Halal Food, Massage & Spa dan paling ulung bar(s) lah… Kalau di Bangla Road tu sepanjang main road kedai retail kurang tapi bar banyak. Dan kalau malam sekitar jam 6pm, jalan Bangla ni akan ditutup. Untuk pedestrian saja.
Selepas check-in kami keluar jalan-jalan cari pakej untuk esok hari dan seterusnya. Sepanjang jalan banyak kiosk-kiosk mempromosi pakej masing2. Kerana takut lambat, saya terus tuju satu agent di Bangla Road. Kebetulaan ada baju yang menarik perhatian Eeza  di situ.
  • Phi-Phi Island by speed boat + Khai Island + Maya Beach + Mini Breakfast + Lunch + Hotel Pick up = Baht 1000 (RM100) per pax
  • James Bond Island (Phang Nga Bay) by ferry + 5 stops + Mini Breakfast + Lunch + Hotel Pick up = Baht 1000 per head (RM100) per pax
  • Fantasea Show + Dinner + Hotel Pick Up = Baht 1600 (RM160) per pax.
  • Simon Cabaret Show (VIP) + Hotel Pick Up = Baht 900 (RM90) per pax
Agen Mandala Tours
Tuk Tuk bergerak promosi Muay Thai

 

Sedang sibuk tawar-menawar tiba-tiba terkejut dengan announcement kuat : “tonight tonight wednesday night…tonight tonight”

Oh ! rupa-rupanya pengumuman show Muay Thai. Show ini antara tarikan pelancong di sana tapi kami tidak sempat menontonnya. Masa kami sangat singkat. Rasanya untuk selesa, at least 7 hari punya trip lah…..yeay..yeay…planning to go again!

Selepas selesai urusan membeli pakej yang diperlukan, saya terus jalan-jalan sepanjang Soi Bangla. Akhirnya sampai ke Jungceyloon Mall. Dalam 10 – 15 minit dari Safari Hotel mengikut kelajuan anda. Kalau nice n easy macam aku 15 minitlah. Budak dua orang tu ntah ke mana sudah. So Saya lone ranger lah meredah…

Jungceylon Mall

 

 

 

Ini ada dalam Jungceylon Mall itu.

 

Bangla Road di siang hari. Agak innocent juga.

 

 

Namun di malam nya bertukar warna dan “ambience”

Antara bar yang berderetan di Soi Bangla.
Olalalalala…Good boy go to heaven. Bad boy go to Bangla Road hahahahaha.

 

Pemandangan biasa di Patong Beach

 

Petang itu saya sempat mundar-mandir di Patong Beach…mengambil gambar menggunakan Samsung S111

Beautiful sunset

 

Malam nya sebelum dijemput menonton Simon Cabaret Show, kami makan dahulu di Patong Seafood Restaurant.

Tasty Seaafood

 

Mostly foreigners
Considers foreigners too

 

Antara menu kami malam itu. Yummy tomyam kung!!!

Water and Ice Tea

 

Sempat jalan-jalan kejap di Soi Bangla

 

Menunggu dijemput. Duduk update status di lobby. Hotel ini ada free Wifi.

 

Jam 8.40pm berangkat ke Show Simon Cabaret.

Simon Cabaret Show The Biggest Transvites Show in Asia

More sexier than  the lady herself……

 

 

 

 

 

Terhiburlah. Sungguh pandai menari lady boy-lady boy itewwwww.

1st day in Phuket. Edisi ke-2 akan menyusul. Cerita tentang trip ke Phi-Phi Island pula.

Leave a Reply