Spread the love

Sekitar Tahun 2009

Jayne & Lucy versi Kenangan Mengusik Jiwa pose :p
Tanpa ribut tanpa taufan, tiba-tiba datang keinginan mahu ke Taman Pertanian Tenom. Gara-gara mendengar cerita kawan tentang peri cantiknya tempat itu. Arakian mendengar ceritera itu maka berkobar-kobarlah semangat penjalan, dan tahi lalat di kaki kami. Si Faye kata, weekend kita pi sana stay overnight saja. Dia sanggup drive. Hmmmm…bak kata orang Sabah…jahat betul bah jalan pi Tenom itu (jahat = jalan rosak berlubang etc). Takut-takut juga ni. Tapi memandangkan tiada program lain, maka “on” sajalah.

 

Tiba harinya (sabtu) maka kami bertolaklah…..singgah di gunung emas breakfast dan ke tandas. Malangnya makanannya ndak berapa sedap. Tetapi telan sajalah. Kebetulan ada pula pembuka selera di depan mata. Hahahahaha…ini joke kami yang empunya diri saja yang tahu. Klu : UMS.

Ini Lucy punya angkara jugalah kan? hahahahaha… Lucy..Lucy : ko lah paling manang bah!

Geng kami si Lucy tiba-tiba teramatlah sakit kepalanya. Cian dia. Sakit ginawo kali sambil2. Hehehe. Telan panadol. Dia diam-diam sepanjang perjalanan sampai ke-sepuluh om (ten-om). Maka sampailah kami ke Perkasa Hotel Tenom, tempat menginap pada malam itu. Check-in. Naik atas ke bilik no? Manalah aku ingat lagi!!

 

Sepanjang corridor/hall menuju ke bilik, perasaan kami dah semacam. Eerie. Hotel Perkasa Tenom betul-betul macam kisah dalam lagu “Hotel California”. Hotel itu seperti ada sesuatu yang mengerikan.

Sampai bilik. Buka.

Alamak!

Buruknya! Curtain senget. Tilam buruk. Masuk kamar mandi ada tanah di singki. Ini hotelkah atau tempat jin bertandang? Tambahlah si Lucy pening. Aku dengan Faye tambah takut. Akhirnya mengambil keputusan pindah hotel kecil-kecil. Nama hotel itupun aku lupa. Tapi bersih, hatipun tenang.

Masa beredar dari Hotel Perkasa bertembung lagi dengan “penyedap mata” di Gunung Emas tadi. Ramah juga group ni. Semua ada latar music. Menyapa mereka “Mari karaoke malam ini?”.

Hahahahaha. Tekanan..tekanan. Cuba teka siapa yang tak mahu pindah hotel? Kuang kuang kuang. Hilang mood cuti-cuti tempatan. Pok Siring si Ebi Kornelis bilang. Sayangnya salah pok. Hahahahaha…..

To make long story short, kami tolaklah ajakan itu dengan senyum simpul tanda berbesar hati.

Esok pagi berangkatlah ke Lagut seberang – Taman Pertanian. Cuacapun mendung. Malangnya Taman tutup. Adessssssss…ini sajalah kerja kami. Bergambar kemudian pulang. Singgah di Tamu Keningau membeli buah-buahan dan beras kampung. Dalam perjalanan pulang, dapat sms si Sarah Jane wish “selamat hari ibu”.

Oh….hari ibu pula hari itu.

Penjaga entrance Lagut Seberang

Nobody nobody but us. Ingatkan datang terlebih awal rupanya tutup. Orual ginawo kami oh….

Ini lagi penjaga entrance super gojes!
Jayne & Faye
Sebelum anak-anak ini pandai outing2 buat photoshoot ibu-ibu ini telah mengunggulinya tau
lihatlah…pandanglah….

 

Jayne & Lucy

Kalau arahan si Faye, mesti di bunga juga bah….!

Faye dalam pose kategori paling “manang”
Pheeewit! Ini gaya diva tersohor! Siapa lagi boleh melawan anggunnya dia di  zaman ini. Hahahahaha. Happy-happy ja bah. Dia ni sporting, baik dan happy go lucky. Itulah resepi awet muda dia. Selain air wudhu katanya. Hahahahahahahahaha. Takutttttttt……larikkkk!!!
Tak seberapa gadis dan bunga :p
Nah…. bunga lagiiiiiii.
Macam samseng kampung oh kami
Seronok juga berjalan melihat-lihat persekitaran di luar dari garisan ini. Dapat menilai apa yang lebih, apa yang kurang; terutama dalam diri sendiri. Terkadang dalam perjalanan singkat seperti ini mata kita jadi terbuka dan melihat – apa yang sepatutnya dilihat dan bukannya fatamorgana semata-mata. Yang kunampak hari itu? ahem…biarlah rahsia.
Rakan seorang bernama Corina mana? Mamanya bawa sembahyang…hehehehehe. Alim ko nak maka bersabarlah. :p

2 Comments

  • Faye Cyntha

    01/11/2012 - 5:24 am

    Mau pacah perut ku melakak ketawak hahaha!!
    Super funny ni perjalanan ooo…ko lupa tu kilang kopi Tenom pun tutup….bangunan budaya suku kaum Murut pn tutup, cuma ada anjing jak limpang2 depan pintu….semuaaaa gagal…tidak spt yg di tulis dlm Tourism punya flyers tu hahaha..!! OTW balik between Keningau/Tambunan kita stop di gerai tepi jalan beli sayur & Lucy mau beli jeruk tuhau yg bau pesisang tu…tau2 ada campur daging sinalau bakas….sadap ini dari yg biasa bilang tu penjual kah!kah!kah!

  • Jayne Saidin

    04/03/2013 - 6:29 pm

    hahahahaha…..macam2 kisahkan…

Leave a Reply