Spread the love
Bahan-bahannya:-
Air secukupnya
1 bj Bawang besar, dipotong baji
5 bj Cili Padi, diketuk
1 inci Halia, di ketuk
1 inci Lengkuas, dipotong nipis, diketuk
2 btg Serai, diketuk
2 ulas Bawang putih, diketuk
Beberapa helai Daun limau purut
1 bj limau nipis, di ambil jus
Ayam dicincang saiz yang sesuai
1 sb sos ikan
1/2 batang Lobak merah
50 gm Cendawan tiram
1 bj Tomato
100 gm Bunga Kobis
1 btg Saleri
1/2 sb Susu Pekat manis
Garam secukup rasa
Cara-caranya:-
1. Didalam periuk, masukkan air, bahan bahan yang diketuk, bawang dan ayam.
2. Apabila sudah mendidih, masukkan daun limau purut, sos ikan dan garam secukup rasa.
3. Masukkan sayuran (kecuali tomato). Kemudian masukkan sedikit demi sedikit jus perahan limau nipis. Jangan guna semua kalau sudah cukup rasa.
4. Masukkan susu pekat manis.
5. Apabila sayuran sudah empuk boleh la masukkan tomato. Biarkan seketika dan boleh lah padam kan api.
6. Siap untuk di hidang.

Leave a Reply