RALAT : HERE AND THERE
30/10/2012
(DAY 1) 14/03/2004 SUNDAY
Di Bali, kami menginap di Hotel Legian Paradiso. Ini I duduk-duduk di lobby sementara tunggu Faye urus check-in. Yang 2 orang geng tu ntah SADD (sedang apa dan di mana..wakakaka). Hotel Legian Paradiso ini depan main road Legian jerrr… bersih cuma tiada lif.
Pro : tempat happening dan berdekatan dengan kedai-kedai
Kontra : Agak bising kerana area clubbing :p
Day 2 (15 Mac 2004)
Destinasi : Nusa Dua Beach
Program bermula 8.30 pagi. Untuk 3 hari pertama kami ikut tour, acara yang telah diatur oleh agent. Oleh kerana terlalu penat, we skipped breakfast. Selain kami, ada sepasang suami-isteri bersama kami. Mrs Phua & husband from Selangor. Lucky them, mereka menang cabutan bertuah trip ke Bali. Why some people are so lucky ah? But, me, Cory and Lucy pun lucky bah. Tiada bandingannya masa itu. (Thanks Datuk Saidi and Faye for making our dream possible and become a reality).Tour guide kami pagi itu bernama Gusdee. Local Bali beragama Hindu. Sesuai profesi, orangnya ramah, pemurah senyum, ramah dan bisa diatur.
![]() |
Mrs Phua, Lucy, Gusdee, Faye, Cory Me: Taking pic lah…apa lagi! |
![]() |
Jinaknya burung ini..si faye ketawa kegelian sebenarnya.
|
![]() |
lucy dengan penyu jayne dengan beburung wah bestnya
|
![]() |
|||
setelah penat bermain dengan penyu dan burung kita minum dulu cuacanya panas terik!!! |
Destinasi 2
Bedugul Resort
An attractive mountain resort located about 1100m above sea level. There lies an ancient Lake Beratan with its magnificient floating Ulun Danu Temple dedicated to the goddess of water dwelling in this area. Oh my..how happy and young we are back then. Melihat gambar ini membangkitkan bermacam kenangan dan cerita yang tak bisa kembali tak bisa dibeli lagi Yes…time is truly golden. (Note: tempat ini memang cantik. Selepas ini, saya ke sini lagi 6-8 kali ~ 4/8/2017))
![]() |
|
me and my beloved sister cousin faye (datin seri) “gaya,mutu dan keunggulan” |
![]() |
|||
We were young and carefree |
![]() |
||
gadis dan bunga bedugul resort bunga ini sentiasa ada dan mekar |
Day 3 (16 Mac 2004) Selasa
Destinasi 1
Batu Bulan Barong and Kris Dance
Destinasi 2
Celuk – Silver and Gold factory
Terkenal dengan pembuatan silver dan gold. Harga berpatutan. Di sini ditunjukkan cara-cara penghasilan silver yang bermutu. Memang silver di sini lebih cantik dan designnya juga bagus sekali. Aku, faye dan Cory membeli rantai berharga Rp450,000. Wah! (RM203.6).
Destinasi 3 :
Tohpati Tradisional Batik Painters
Destinasi 4
Kintamani Volcanic Tour.
Lewat sampai kerana jalannya macet banget!
Setelah penat sight-seeing dan menghabiskan rupiah, kami berangkat ke Kintamani untuk melihat Gunung Batur. Said to be the best view in Bali (though i prefered Bedugul) over magnificient massive crater with the smoky Mount Batur in the middle and simmering lake Batur nearby. Mount Batur is an active Volcano!
Ternyata scenery di sini bagus juga. Sepanjang jalan lelaki, perempuan, malahan kanak-kanak menawarkan pelbagai barangan seperti batik basahan, kain ikat, kraftangan dan sebagainya. Tapi tour guide Gusdee menasihatkan supaya kami jangan membeli kerana kualitinya tidak baik. “Not worth buying” katanya speaking….
Perjalanan ke Kintamani memakan masa 2 jam setengah. Jalannya sehala dan tidak begitu baik seperti di Malaysia. sepanjang jalan ada rumah dan setiap rumah ada industri kecil. Mereka ini memang amat kreatif dan rajin. Kebanyakan usaha mereka ke arah kraftangan.
Oya, hampir lupa, kesesakan jalan tadi juga sebenarnya akibat para kampanyerparti-parti di Indonesia sedang rancak berkempen. suasananya seperti di Malaysia juga cuma agak intense. Bendera dikibarkan di mana-mana. Cuma jarang poster ditampal. Mereka menggunakan nombor calon. Parti Megawati PDI (disebut. Pa-Da-Ei) menggunakan lambang kepala lembu latar merah menyala (kadang2 menakutkan kerana lembunya macam hantu…hehehe).
Kesesakan juga berlaku disebabkan penganut Hindu yang merupakan 90% penduduk Bali menjalankan acara keagamaan mereka – offering – kerana kebetulan juga pada ahad 22 maret 2004 adalah perayaan “Hari Raya Nyepi” di Pulau Bali. Hari Raya Nyepi diraikan oleh penganut Hindu. Walau bagaimanapun, out of respect, kesepakatan rakyat setempat, seluruh Pulau Bali akan merayakannya untuk menghormati adat dan kepercayaan masing2 (macam di Malaysia).
Hari Raya Nyepi disambut setahun sekali iaitu tanggal 22 maret setiap tahun. Pada tanggal ini, seluruh Pulau Bali akan gelap gelita (sepatutnya) kerana tidak boleh menyalakan api/lampu. Ada tiga perkara yang tidak boleh dilakukan pada hari nyepi iaitu
- bekerja
- keluar rumah, dan
- malamnya tidak boleh menyalakan api/lampu
![]() |
di belakang mereka adalah gunung batur yang pernah meletup menjadi danau batur |
![]() |
||
Depan Restoran yang dibina 400m dari Lake Batur |
Cuaca di sini sejuk dan berkabus. Nyaman sekali. Kami lunch kat sini sudah termasuk dalam pakej. Makanannya boleh-bolehlah……
Destinasi 5
Ubud Art Village
Ubud is well-known as village of thousands artists. All painters, sculptures, woodcarver are occupied the same village to produces the masterpieces. Worldwide known as Bali’s heart of arts and crafts.
![]() |
|||
Madu 4 |
Singgah di suatu gedung. Sempat shopping dan bergambar dengan seorang jejaka tampan, sasa, dan…….Anda lihatlah sendiri, betapa hebatnya dia. 😀
![]() |
||
Me and Corina..too tired |
Inilah gallery lukisan serorang pelukis di Batuan Ubud. The Wayan Gallery. Katanya, sekeluarga artis (pelukis). Sampai terduduk kepenatan! (Setelah beberapa kali ke Bali selepas itu, saya banyak membeli lukisan di sini).
Day 4 (17 Mac 2004) Rabu
Free n Easy
Kami memilih pakej free and easy@maksudnya jalan sendiri tanpa guide. Kami shopping sekitar Jalan Legian dan jalan kaki sepanjang jalan hingga ke Seminyak. Jauh tu. Panas terik lagi. Tapi best, setiap kedai masuk. Buktinya? Tengok mem di bawah……hehehehe.
ter-upload malasku mendelete
lagipun blogku, ceritaku aku punya sukalah….
yang di bawah ini spesial
![]() |
Kharisma Butik Seminyak |
aku ingat tuan punya toko
![]() |
ms corina punyalah relax bah anggaplah macam rumah sendiri ! sengaja gambar mau tiru dekorasinya (kalau punya toko sendirilah) |
Hahahaha..sebenarnya kami mengambil kesempatan untuk berehat dan ber-aircond di toko ini!
Sorry Lucy…you re not in the pictures…dia sibuk try baju. Kebetulan SALE. Aku pula jadi juru foto aja. maka sibuklah kami mengelentong dua budak penjaga butik ini agar dapat lama-lama duduk. Kebetulan tiada customer lain……nah…apalagi, anggap macam kedai sendiri bah. Tapi akhirnya terbelilah juga….Ini dia shopper handalan, di mana jua berada…
(credit to: Charisma Butik, Seminyak, Bali).
![]() |
Terlalu letih dan kepanasan tinggal terduduk di bus stop jalan seminyak kesian lucy kena gigit penyengat sesat kami cakap itulah kuat ilmu..hehehehe
|
![]() |
Inilah gaya shoppers berbakat sudahlah panas keberatan barang lagi tu tapi keras hati ndak mau naik teksi terutama si datin |
![]() |
Akhirnya kami kembali glamour seperti nyonya-nyonya sosilitas (kami pelopornya) singgah minum di sebuah cafe yg ada AC di jalan seminyak….nyaman donk! |
********************************************************************************
(DAY 5 : 18/03/2004) Khamis – Free n Easy
Breakfast dulu sebelum jalan-jalan. Simple menu yang percuma.
Destinasi 1 :
Pasar Sukawati Denpasar
Sewa kereta untuk ke Sukawati dan jalan2 sekitar Bali. Pak Ge’de (RIP 2015 – meninggal dunia). Inilah kali pertama bertemu dengannya; sampai sekarang seperti keluarga. Perjalanan ke Sukawati (pasar beli-belah yang termurah di Bali namun kualitas barangannya kurang memuaskan. Harus pintar menawar dan menilai mutunya. Biar kalah membeli, asal menang memakai. Itu prinsip hidupku) melalui Jalan Denpasar. Kebetulan masa ini PEMILU diadakan di Indonesia. Sepanjang jalan dipenuhi poster calun dan kenderaan seperti di bawah untuk kampanyer (dalam gambar adalah kampanyer mantan Presiden Ibu Megawati Soerkarno).
Sempat singgah di Gajah Madah Street membeli baju kebaya sulam. Masa itu masih murah dan bisa ditawar.
Sepanjang jalan macet gara-gara kampanyer. Seperti di bawah.
![]() |
menjadi puteri kraton bali hehehe..pertama kali injak bali semua mau dicuba – pengalaman interbudaya |
![]() |
keras semacam saja puteri terlebih sudah ini.. salah satu biz idea yang menarikkan? |
![]() |
Puteri lanjut usia |
(Destinasi 3)
Tarian Kecak & Fire Dance di Batu Bulan
(the best show : Uluwatu)
![]() |
|||
Malam terakhir di Bali setelah penat terus ke Jimbaran Beach tempat makan tepi pantai yang amat terkenal di Bali (Anak perempuan Datuk Seri Affendi Norwawi Wedding Reception |
Bak kata pepatah, “jauh perjalanaan, luas pandangan”. Pengalaman semasa melawat tempat-tempat menarik di negara lain ini bukan sekadar dapat meluaskan pandangan atau berkenalan dengan penduduk tempatan, memahami budaya dan sejarah masyarakatnya, tetapi yang lebih bermakna kita dapat menilai dan menghargai negara kita sendiri.Bukan tujuan untuk meremehkan negara orang, tanpa prejudis aku mengakui betapa aku cinta pada Malaysia. Tapi ini bukan rasa hatiku saja kerana sesiapapun akan punya rasa seperti itu terhadap negara tumpah darahnya sendiri. Siapapun..!!! Itu aku yakin benar.
Cuma, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Maksudnya, hormati dan akur pada hukum negara di mana anda berada, kerana tatkala anda di sana, anda tertakluk pada hukum itu. Jadi sentiasa waspada. Untuk perjalanan ini, hukum pertama yang aku belajar adalah untuk memakai “Sabuk Pengaman”.
2 Comments
Faye Cyntha
31/10/2012 - 3:35 amKENANGAN TERINDAH kita 4 Sekawan…I wonder if we can re-live this FUNtastic time again…just the 4 of us…rindu aku dgan suasana ini…
Faye Cyntha
31/10/2012 - 3:47 amJayne…do a write-up on our travel to Jka-Bandung with Mama Tua & Cory jugak…